My Kuali: Iftar#25 menu ulang ulang..

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 26

semuga kita dipertemukan dengan malam yang Allah berikan ganjaran seribu bulan, Aamiin

 semakin penghujung ramadhan, semakin buntu tukang masak nak sediakan juadah berbuka… makanya jadilah menu ulang2 dengan bahan stok yang ada dalam fridge…. semalam seharian siapkan shopping raya, buakan lah shopping sangat pun tapi amik masa untuk cuci mata tengok orang lain shopping… hihi… so untuk berbuka siapkan menu yang mudah2 dan cepat dimasak jer la kan…  sayur dan lauk sekali dalam udang tu… cukuplah untuk kami berdua, sbb sianak berbuka dengan kawan2 dia…

 ikan tenggiri masak lemak ciliapi leftover, cukuplah sekeping ni untuk kami berdua… lawankan pulak dengan ikan gelama masin goreng, memang ngam sangat.

 leftover inti untuk buat murtabak yang difrozenkan, masa2 macam ni lah ianya sangat membantu.. so ulang2 lah menu berbuka kami dengan murtabak daging kulit popia dengan bawang cuka ni. sekeping pun dah kenyang bila banyak makan buah dan minum air dulu..

tembikai yang manis dan juicy… tapi malam kena banyak kali bangun ke toilet lah… huhu

ep2p-2