My Kuali: Iftar#22 ayam ungkep

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 23

 semakin hari tukang masak ni dah tak de idea apa nak dihidang untuk menu berbuka puasa… maklumlah selalunya seminggu sekali pun susah nak masak.. tapi bulan puasa ni kena rajinkan diri memasak untuk keluarga… tapi Alhamdulillah, apa saja yang terhidang dimeja tak de bantahan dari tukang makan.. so far kiranya berjaya lah tu kan… dan semalam kak rose buat ayam ungkep untuk lauknya… sedap dan tak muak sbb tak de santan bagai, tapi tengoklah minyak yang meladung tu… seremmm tengok kan 😱😱. masa makan kita adjust la… buangkan lemak2 tu, hihi.. kalau nak resepi boleh lah tengok kat sini ya… http://seripayaku.blogspot.com/2016/02/ayam-ungkep.html

 sayur apa yang ada dalam fridge je… sawi masak lemak untuk en asben yang nak berkuah kalau makan nasik! ad jugak buat telo dadar, tapi lupa pulak nak snap gambo..

 cucur udang yang laku keras… ni dah kali ketiga buat cucur dalam masa puasa ni… kali ni letak sayur togeh, kucai, bawang besar dan isi udang yang dicincang… dan ciciah dengan home cili sos yang jugak dah kali ketiga buatnya dalam bulan puasa ni!

sementara nak tunggu hujung minggu, stok buah pun dah nak kosong tupperware tu… so ini je lah yang ada. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan…

ep2p-5small