My Kuali: Creamy chicken soup.

 baguette dan chicken ceramy soup for dinner… tukang masak yang memang tak rajin nak sediakan nasi dan lauk pauk untuk dinner, tapi yang beruntungnya sebab tukang makan tak cerewet pasal menu untuk dinner.. apa yang ade dimeja itu lah hidangan  untuk dinner tu. creamy chicken soup tu memang ngam sangat digandingkan dengan baguette yang dibakar rangup dengan garlic butter spread yang kak rose buat sendiri… kira semua home made lah… yang penting tukang makan tak de complaint!

 resepi untuk creamy soup… terima kasih tuan punya resepi asal ya. kak rose kongsikan kat sini lagi walaupun dah berkali2 buat dan tepek kat dapo maya ni…

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 

 Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

ep2p-2