Kerangka Evo GoCam Hadir Dengan Kamera Yang Boleh Ditanggalkan – Amanz

Zaman membawa kayu swafoto sudah agak lama berakhir. Jarang sekali melihat ia digunakan oleh orang awam kecuali dari golongan pelancong tanah besar China. Harus diakui kayu swafoto sebenarnya banyak membantu mengambil gambar tetapi leceh untuk dibawa dengan mudah. Oleh itu kerangka Evo GoCam dihasilkan bagi keperluan mengambil gambar apabila berseorangan.

Kerangka ini mempunyai sebuah kamera terbina pada bahagian belakang sebesar 5-Megapixel. Ia boleh ditanggalkan dan menjadi kamera tambahan yang dikawal dari peranti. Tambatan dilakukan secara WiFi dan gambar boleh diambil sehingga jarak maksimum 46 meter. Terdapat pelekat pada bahagian belakang yang membolehkannya ditampal pada dinding atau mana-mana permukaan rata. Selain mengambil gambar ia juga boleh merakam video pada resolusi 1080P.

Kerangka Evo GoCam sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama dan boleh ditempah pada harga bermula dari $89 (~RM 354) sebuah. Telefon yang disokong ialah iPhone 5 hingga iPhone X, Galaxy S8, S8+, S9, S9+, Note 8, Pixel 2, Pixel 2 XL, P20, P20 Pro, Mate 10 Pro dan Moto G5 Plus.

ep2p-5small