Iftar#28 dan terawih terakhir Ramadhan 1439H

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 29

telah sampai kita ke penghujung ramadhan kali ini

semuga ibadah dan semua kebaikkan kita diterima oleh Nya

dan semuga dipertemukan semula pada ramadhan yang akan datang. Aamiin

 menu berbuka petang semalam, beli jer satay kajang kat bangunan pkns tu..  dan buah yang masih berbaki… betik dan tembikai, habis jugak akhirnya. seharian kak rose masak rendang dan frozenkan untuk nak bawak balik petang nanti… maklumlah rumah peninggalan arwah memang dah tak de sapa, jadi kami adik beradik berbagi bagi lah apa yang perlu dibawa nanti… ya lah memasing balik pun dah malam raya, pasti tak sempat nak sediakan semuanya… harap perjalanan balik nanti tak lah jem, dipermudahkan dan boleh lah cepat sampai dengan selamatnya… Insya Allah.

 satay kajang untuk kami berbuka… makan buah dan minum air, jadi lima cucuk jer pun dah kenyang dengan satay ni… selebihnya makan lepas balik dari mesjid… dan pagi ni bila naik atas weighing scale… 1.5kg jer kurangnya… boleh tak salahkan makan selepas pukul 10 tu??? kalau gitu nak timbang masa petang sebelum berbuka lah… happy jer tengok display digital number tu… aci tak cam tu??

 balik tu sambung jugak makan nasik impit dan rendang yang tadi seharian memasaknya… lepas tu kemaskan dan zassss masuk dalam freezer untuk frozenkan… nanti sampai kat kg tinggal defrost n reheat… adik akan buat soto dan sorang lagi bawak rendang udang special yang dierbangkan dari sabah… jauh perjalanan rendang udang, siap dengan delayed flight lagi untuk kami nikmati dipagi raya nanti…

kali terakhir untuk solat terawih pada ramadhan 1439H malam tadi… Alhamdulillah dapat mengerjakannya sehingga malam terakhir kecuali yang tiga hari kak rose sakit belakang tu… dan tuan pengerusi mesjid pun ucap tahniah dan syukur pada Allah, mesjid tetap penuh sehingga hari terakhir terawih. semuga ibadah malam2 kita dan segala apa yang kita lakukan dibulan mulia ini akan diteriam oleh Nya dan semuga kita dipertemukan semula pada ramadhan yang akan datang. Aamiin

ep2p-5small