Iftar#16 home alone…

Asalamualaikum dan salam Nuzul Quran

 menu berbuka kak rose petang semalam… bila tinggal sorang kat rumah, memang tak rajin lah nak menyediakan juadah berbuka… so kiranya hari leftover je la gamaknya… nasi pun baki yang petang semalamnya, goreng bodo2, taruk udang, celery, red capsicum dan carrot. semua dammm dalam tu dan nasik goreng pun ready. potongkan timun jepun dan fresh tomato untuk saladnya… dan ada leftover satay, pun taruk jer lah. boleh makan sekali walaupun tanpa kuah kacangnya… dah siap awal2 sebelum berbuka, just reheat lepas balik terawh baru la ngadap nasik goreng sedap ni… Alhamdulillah kenyang dengan rezekiNya..

dan yang ni juadah untuk berbuka… bubur kacang durian leftover jugak… kawan2 ada yang tak makan leftover macam ni? kak rose ni jenis tak kisah, mana2 yang tak terhabiskan dan boleh simpan, kak rose frozenkan… so just handy masa2 malas macam ni kan.. nescafe o panans2, buah dan potato wedges tu bukan lah pulak yang leftover jugak ya…😜😜. stok buah dan fast food memang ade banyak dalam fridge… semalam pergi Chekers, tengok harga tempura dan wedges tu dah jauh lebih murah tanpa GST. tapi sbb stok masih ade 3 packet lagi, so tak de lah nak beli lagi kan… tak mo lah jadi tamak… harap2 harga tu kekal cam tu, boleh jimat 4 hengget/pack untuk marina tempura tu. dan hari ni sempena Nuzul Quran, mesjid buat majlis berbuka puasa… kalau rajin nak join lah..

ep2p-2