Huawei pulak…

Asalamualaikum dan kembali menjenguk dapo maya kak rose yang terbiar dek sibuk beraya nih!

 Alhamdulillah dah selamat menziarahi saudara mara didua belah pihak… kalau dulu kak rose memang dudk kat rumah teman emak tunggu sedara mara datang, kali ini kita pulak yang kena g ziarah sedara mara yang lebih tua bagi pihak arwah… dan raya kedua dah balik shah alam, tukar beg baju dan terus ke rumah MIL pulak…. 12 hours perjalanan pergi dan 12 hours jugak perjalanan balik, tapi happy sbb dapat penuhi raya dengan ziarah mereka yang jauh.. dan bawa phone ini untuk anak buah yang masih belajar…

 beli sebelum hari raya dan cuma dapat bawak balik masa raya je lah… harap adik yee suka dengan pemberian ni dan dapat guna dengan sebaiknya ya.

 ada free gift bluetooth speaker ni pulak…

dan sampul duit raya dengan pembelian phone ni… cumanya tak de isi jer…😜😜

ep2p-2