Fitbit Versa Sudah Dipasarkan Sebanyak 1 Juta Unit Setakat Ini – Amanz

Fitbit Versa adalah jam tangan pintar yang memfokuskan penjejakan kesihatan. Ia dijual pada harga hanya RM900 di Malaysia dan mempunyai rekaan seakan Apple Watch. Terkini, jam tangan yang dilancarkan kurang dua bulan lalu dilaporkan telah dipasarkan sebanyak 1 juta unit.

Fitbit Versa

Jam tangan Fitbit Versa ini menjalankan sistem operasi mereka tersendiri – Fitbit OS 2.0. Selain itu, Fitbit turut mengatakan lebih 2.4 juta pengguna telah menggunakan aplikasi khusus untuk wanita yang mereka lancarkan bersama-sama dengan jam tersebut.

ep2p-5small