Southgate pilih pemain muda kerana prestasi

LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate bertegas pemain muda yang disenaraikan dalam barisan 23 pemain bagi menghadapi Piala Dunia 2018 dipilih berdasarkan prestasi.

Justeru, tiada sebarang sebab jika ada pihak menuduhnya tidak serius bagi menghadapi saingan di Russia sekalipun skuad yang dibariskan kali ini adalah pasukan ketiga paling muda di Piala Dunia.

Penjaga gol veteran, Joe Hart dan perancang Arsenal, Jack Wilshere antara nama besar yang tidak disenaraikan Southgate yang membuat kejutan dengan membariskan pemain Liverpool berusia 19 tahun Trent Alexander-Arnold yang belum pernah bermain bersama skuad senior.

“Untuk Joe, sudah tentu ia keputusan sukar, dia bermain dalam hampir semua perlawanan kelayakan kami dan memainkan peranan yang besar, ahli pasukan yang berharga,” kata Southgate.


“Saya melihat kepada prestasi… pada akhirnya, tiga pemain yang dipilih adalah tiga penjaga gol terbaik Inggeris ketika ini.”

Image result for england world cup squad 2018

Bagaimanapun, Southgate mengakui skuad England kurang pengalaman berbanding beberapa calon pilihan antaranya Brazil, Jerman, Sepanyol dan Perancis sambil berkata tidak banyak pemain Inggeris dapat dipilih dalam saingan liga.


“Kami tidak memilih pemain muda kerana kami cuba untuk membeli masa untuk diri kami, kami menyenaraikan pemain muda kerana kami percaya mereka adalah yang terbaik,” katanya.

“Mungkin ia adalah keputusan yang berani untuk membawa pemain yang hanya mempunyai beberapa penampilan (skuad kebangsaan) tetapi kami perlu memberikan kepercayaan kepada mereka.

“Kami tahu kami tidak mempunyai pengalaman seperti Jerman, Sepanyol atau Brazil tetapi itulah kami ketika ini.”


Comments

comments

ep2p-2