My Kuali: Mee udang sedapppp

 mee udang resepi dari rosjintanmanis yang berada nun jauh dijepun… tiap kali nak buat mee udang, resepi ni lah yang kak rose guna… pernah sekali tu guna resepi yang lain, tapi rasanya tak dapat menepati tekak jawa kak rose ni… agaknya dah terbiasa dengan resepi yang ni, so bila try yang lain memang tak ngam lah jawapnya… itu pada kak rose la… tapi kalau tak try, mana nak tau la kan..

 resepinya… untuk kuah tu kak rose suka buat lebih n frozenkan… nnti bila nak makan just reheat n masukkan udang dan fish cake tu… mudahkan kerja tukang masak kan…

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti  (kak rose guna 1/2 paket spaghetti yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan (kak rose gantikan dengan fish kek, itu jer yg ada stok!)
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
 2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya
bawang goreng

Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan
minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi,
pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili
tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2.
sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk
dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan
rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah… kira malas la dah tu!)

3.
Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah
mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan
garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat,
agak-agak je.

4. Rebus spaghetti dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan,
letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan
kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur
sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki
minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi
warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

ep2p-5small