My Kuali: Majlis khatam Quran kami…

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 semua… Alhamdulillah tak berapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan.. dan sebelum berpuasa kak rose dan jemaah muslimat kat sini mengadakan majlis khatam Al-Quran beramai2 pada jumaat lepas… ni yang kami baca setiap minggu satu juzuk dan ada dua kumpulan dalam ni… meraih sungguh kan. kebetulan seminggu sebelum puasa dapat menghabiskan bacaan tiga puluh juzuk tu… so ngam ngam jer nak buat majlis sebelum sambut puasa kan…

Majlis diadakan di rumah salah seorang jemaah kami. terima kasih Datin Fadilah yang sudi jadi tuan rumah untuk majlis khatam ni dan juga dengan menu laksa johor yang sedap sangat. selain itu ada juga sate dan nasik impit, kuih2 yang bermacam potluck dari kami yang datang.

 berposing setlah selesai majlis… ada yang tak dapat menghadirkan diri untuk majlis ini… tapi tetap ramai dan sangat meriah bila semuanya sporting mengenakan jubah hitam dan tudung warna pink… tapi kak rose jer yang pink belacannya nampak sangatlah pucat… macam out of theme jer kan!

 tuan tanah menerima saguhati dari untuk majlis ni dari ketua muslimat kami… terima kasih Hajah Mariam..

 bunga telur pun ada!

 ahli jawatan kuasa mesjid yang banyak membimbing kumpulan mengaji kami…

 nak jugak tumpang sekaki bergambo dengan ajk mesjid ni. 

mma… macam macam ada. goodies bag untuk yang khatam quran. kain sepasang, beg sandang, pulut kuning+rendang, bunag telor dan minyak gamat pun ada. maklumlah tuan rumah baru balik dari Langkawi kan… terima kasih sekali lagi Datin Fadilah.

ep2p-2