My Kuali: Kuih rengas

kuih rengas, kuih kasturi macam2 nama…

 Kuih rengas yang kak rose buat untuk minum petang dan jugak untuk bawak untuk potluck mengaji minggu lepas… nak makan laju jer, tapi nak membuatnya tu yang bercinta sangat. kalau dah vitamin m tu banyak sangat, apa pun rasa tak rajin nak buat kan! tapi demi nak bawak untuk buah tangan g mengaji tu, gagahkan jugak lah… dah siap, sedap dan laju jer mengunyahnya… hihi

resepi inti ni kawan yang kongsikan semasa buat kuih buah peria hari tu… so kak rose guna resepi tu cumanya kurangkan sukatan gulanya… a bit too sweet for me lah. tapi terpulanglah pada citarasa memasing kan..

untuk inti kacang

2 caw/400gm kacang hijau (di rendam hingga kembang)

2 caw air

2 caw gula (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan ni…)

1 caw kelapa parut putih (kak rose suka lebih kelapa, lemak!!)

 

Cara…

Toskan kacang.Masukkan kacang dlm rice cooker dan masukkan 2 caw air

Masak mcm masak nasi..bila dah kering masukkan kelapa dan gula dan di kacau rata

Biar “keep warm” hingga kering

Dah sejuk ambil inti seberat 10 gram dan bulatkan.. buat sampai habis..simpan dlm peti sejuk.

 

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

 

ep2p-2