My Kuali: Iftar#4 Kuih getas getas

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 5

Semuga kita semua sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah. Aamiin.

 menu untuk berbuka petang semalam…awal pagi kak rose suka sediakan list cadangan apa yang nak dimasak.. so bila petang mudah jer nak capai apa yang nak dimasak. kerjasama tukang makan juga perlu untuk ini kan… dan kuih getas getas ni adalah cadangan dari en asben… kalau kawan2 tak de idea nak makan kuih apa untuk berbuka, boleh lah mencuba buat kuih ni… kak rose kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahannya:-
250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam.
Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak
terlalu lembik.

Biarkan sebentar selama 10 minit

Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan

Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.

Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.

 

Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api
sederhana……api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan
kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari
telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali…..ia dikira
sudah ‘menjadi’ bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan
menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak…..biarkan satu
minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So
pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat
adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula
hangus.

Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. 

 

 udang goreng kunyit yang yummy untuk main lauk. stok udang memang banyak… dan ada yang suka dengan lauk udang ni, so hari udang pun tak pe… cuma tukang masak kenalah pelbagaikan resepinya. nasib baik ade cik google, senang keja tukang masak! hihi. resepi kat sini ya..
http://seripayaku.blogspot.my/2016/12/udang-goreng-kunyit.html

 sayur lemak… kobis, carrot dan kacang buncis.

 my home made ikan rebus. saja pilih ikan selayang yang kecik2 cam ni… terima kasih MIL yang bagi petua untuk buat ikan rebus dan juga petua menggorengnya hingga garing meresik… sedap ya amat! mekasih mek. sapa suka ikan macam ni kita geng! tapi ya ampun… masa menggoreng tu, minyak perecik satu dapo! tambah kerja pulak kena mengemop lantai pas masak tu… tu yg kurang rajin nak buat tu!

buah untuk petang semalam… sebiji mangga penuh sepinggan bujur panjang ni… almost half a kg untuk sebiji buah ni. memang besoo, tapi sayang macam tak berapa ripe, so kurengggg sikit lah tang manis tu… tapi apa ada kisah, asam cicah pakchu 916 selalu akan jadi penyelamat. lepas potong terus amik gambo, tp bila makan perlukan asam cicah tu pulak… so gambo pun tak de la tompok itam asam tu..😉😉

ep2p-2