The Seagulls deserved their lead and created plenty of chances in the game against a flat Manchester United side

BRIGHTON: Pengendali Manchester United Jose Mourinho menuding jari kepada pemain-pemainnya kerana tidak menunjukkan kesungguhan ketika tewas 1-0 kepada Brighton awal pagi tadi.

Kemenangan itu mengesahkan tempat buat Brighton di Liga Perdana Inggeris musim depan.

Menjelang final Piala FA berdepan kelab lamanya Chelsea dua minggu lagi, Mourinho melakukan enam pertukaran dan dihukum dengan tandukan Pascal Gross di babak kedua untuk kemenangan pertama Seagulls ke atas Red Devils sejak tahun 1982.

“Hari ini saya rasa terdapat perbezaan ketara dalam keinginan untuk berjuang mencapai sasaran,” kata Mourinho yang terlepas peluang mengesahkan kedudukan di tangga kedua di belakang juara liga Manchester City.

Mourinho embraced Hughton moments before the full-time whistle was blown and Brighton's win was confirmed

“Mereka menunjukkannya, bagi mereka, ia lebih penting untuk kekal dalam Liga Perdana berbanding kami menduduki tangga kedua. Mereka menunjukkannya dari minit pertama, dan kami tidak.

“Saya kecewa kerana tempat kedua juga penting buat saya. Saya tidak pasti setiap pemain saya juga merasakannya.”

Brighton kini di tangga ke-11 dan mengumpul kelebihan lapan mata ke atas tiga pasukan tercorot.


“Saya rasa kami berhak kekal dalam liga ini di atas usaha kami sepanjang musim,” kata bos Brighton Chris Hughton. “Tetapi jika kami tewas hari ini dan dua perlawanan lagi, memang tidak adil untuk kami tersingkir.

“Amat melegakan kami mengesahkannya sekarang, saya bangga dengan kumpulan pemain ini.”

United pula perlu menunggu untuk mengesahkan tempat kedua apabila kekal mengatasi Liverpool dengan lima mata dan enam ke atas Tottenham. – AFP


Comments

comments