Masak lemak jantung pisang + ayam

hari minggu lepas, kawasan perumahan kak rose ni ada buat jualan dari kebun komuniti, semuanya fresh dari ladang lah kiranya…tapi kakr ose dapat g beli pun dah petang sbb baru balik dari kampung… dan barang jualan pun dah tak banyak yang tinggal… tapi dapatlah beli jantung pisang berangan yang besar dan fresh dari pokok… apa lagi terus lah tanya cik google, cari resepi jantung pisang ni… resepi cmg jugak yang kak rose pilih sebagai panduan, tapi cik mat campur dengan tulang ikan masin, kak rose derhakakan dengan mencampur ayam dalam gulai tu…. wallllaaaa…. sedapnya! jom tengok resepinya..

Bahan-bahannya
 
1 biji jantung pisang berangan, buang kulit luar hingga jumpa bahagian yang putih dan lembut, rebus hingga empuk dan toskan.
5 ketul ayam
pati santan secukupnya
sedikit santan cair
1 keping asam gelugor
1 batang serai, dititik
3 biji ciliapi*
sedikit kunyit hidup* ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

 Cara:

  1. Dalam periuk masukkan
    bahan2 tumbuk halus, bersama santan cair, asam gelugor, serai dan ayam tadi. masak hingga ayam lembut.
  2. Masukkan jantung pisang. Tambah santan pekat,
    garam secukup rasa dan secubit gula. masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera
    bersama nasi hangat..

ep2p-5small