Iftar#13 meriahnyaaaa…

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 14
semuga semuanya dalam lindungan Allah untuk terus menjalani ibadah puasa, Aamiin.

 dah separuh jalan kita berpuasa, semuga amalan kita disepanjang bulan mulia ni mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah. dan tugas tukang masak untuk menyediakan juadah berbuka juga adalah satu dari amalan itu… maka bertabahlah kalau selalu buntu nak sediakan menuya… apalagi yang macam kak rose ni yang biasanya nya jarang2 sekali memasak, tapi masa bulan ramadhan ni kenalah masak tiap2 hari, kalau membeli tapi tak menepati selera kan lagi hampeh kan… so masak jer yang mudah2 dan menepati selera tukang makan… dan semalam buat ikan tenggiri masak asam ni.. simple dan tak muak. resepi boleh tengok kat sini ya..https://seripayaku.blogspot.com/2018/02/ikan-tenggiri-dalam-sos-asam-jawa.html

 sayur lemak sawi putih n carrot… sepokok yang besar dah cukup untuk kami anak beranak.

 yang ini memang pebret tukang makan semua… udang kecik2 putih salut tepung bistari goreng garing… lepas terawih baru makan pun masih garing rangup.

 karipap inti daging ayam… goreng 6 biji pun tak terhabis…😥😥

 yang ni laju jer abesnya… first pride fish dan chicken tempura. cicah dengan cili sos mmg sedap.

buah yang masih ada dalam stok… jambu batu dengan asam kulit limau dan murcott orange yang manisss. Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah kurnikan untuk berbuka. Aamiin.

ep2p-5small