Fon Kepala Sony WH-1000XM2 Dan WI-1000X Kini Menyokong Integrasi Google Assistant – Amanz

Sony WH-1000XM2 adalah set fon kepala nirwayar yang mempunyai kualiti audio yang mengagumkan dan juga mempunyai pembatalan bunyi bising aktif yang memberi pengalaman pendengaran muzik lebih enak. Manakala, Sony WI-1000X pula adalah set fon telinga nirwayar dengan neckbuds untuk aktiviti bersukan. Kedua-dua peranti audio ini kini menerima kemaskini firmware yang mengintegrasikan Google Assistant.

Pengguna kini tidak lagi perlu mengaktifkan Google Assistant melalui telefon pintar ketika menggunakan kedua-dua peranti audio ini dan boleh terus aktifkan dengan “Hey, Google” dan terus memberikan arahan suara untuk melalukan tugas-tugas. Lebih menarik, kemaskini ini boleh memberi notifikasi yang bercakap daripada aplikasi kegemaran yang dipilih. Walau bagaimanapun, jika pengguna mengaktifkan Google Assistant ciri unik “ambient sound control”  tidak boleh digunakan.

Kemaskini ini bagi saya agak menarik dan memudahkan. Ini kerana saya banyak menggunakan Google Assistant dalam kerja harian saya. Adakah anda gemar akan kemaskini ini atau anda lebih pentingkan fungsi “ambient soundcontrol”?

ep2p-2