Celcom EasyPhone Kini Membolehkan Anda Menyewa Peranti – Amanz

Celcom hari ini telah mengumumkan penawaran baru dibawah EasyPhone, yang mana membolehkan para pengguna menyewa sesuatu peranti tanpa perlu membelinya. Dengan kaedah ini, pengguna boleh mendapatkan peranti terkini pada harga yang lebih rendah berbanding perlu membelinya.

Celcom EasyPhone Rent

Dibawah program menyewa ini, ia menggunakan terma yang lebih kurang sama seperti penawaran EasyPhone sebelum ini, dan pengguna tertakluk untuk kontrak 24 bulan. Pengguna boleh membeli peranti berkenaan pada bila-bila masa, atau pada penghujung tempoh kontrak berkenaan.

Melalui salah satu contoh yang diperlihatkan Celcom, pengguna boleh mendapatkan iPhone X pada harga serendah RM99 sebulan, berbanding membelinya yang perlu membayar pada harga RM137 sebulan.

Pengguna juga turut perlu menjaga peranti berkenaan daripada sebarang kerosakkan – dan perlu melalui beberapa tetapan ketika pemulangan peranti berkenaan. Seperti biasa, pengguna turut digalakkan membeli pelan perlindungan untuk peranti yang disewa.

Bagi anda yang berminat dengan program EasyPhone baru ini, boleh menyemaknya pada kedai-kedai Celcom terdekat anda bermula hari ini.

ep2p-5small