ARCore Kini Boleh Digunakan Pada Samsung Galaxy S9 Dan S9+ – Amanz

Bulan lepas telah saya ceritakan mengenai apa itu ARCore? Secara ringkasnya ia adalah teknologi daripada teknologi Project Tango yang dipermudahkan bagi fungsi realiti gabungan tanpa sebarang perkakasan tambahan. ARCore banyak hadir pada peranti kelas utama dan hanya beberapa peranti kelas pertengahan sahaja yang menyokong fungsi ini.

Terkini, dengan perkenalan kepada ARCore 1.2 di acara Googe I/O 2018 – fungsi ARCore kini boleh digunakan pada kedua-dua telefon pintar Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus. Menurut beberapa pengguna di Reddit, pengguna boleh memasang fail .APK ARCore terkini pada kedua-dua peranti S9 ini. Kami pula berjaya memasang aplikasi ARCore dan IKEA Place yang memerlukan ARCore pada peranti milik kami sekaligus mengesahkan sokongannya pada Galaxy S9+ pagi ini.

Dengan sokongan ARCore ini, kini pengguna Galaxy S9 dan S9 Plus boleh mula mencuba bermain dengan aplikasi-aplikasi realiti gabungan seperti Just-A-Line untuk melukis dalam bentuk 3D dan Amazon.

ep2p-5small