Related imagePORT DICKSON: Sekumpulan pendaki Bukit Batu Putih tergamam apabila seorang rakan mereka tiba-tiba menjerit akibat histeria ketika dalam perjalanan turun awal pagi semalam.



Video ‘histeria’ itu tular di laman sosial Facebook (FB) milik seorang pendaki yang turut serta bersama hampir 20 rakan serta pendaki lain.

Video berdurasi satu minit itu dikongsi lebih 2,400 netizen.

Pemilik akaun FB bernama Kefliz Zakaria memaklumkan, ia berlaku pada jam 8.45 pagi ketika kumpulan berkenaan dalam perjalanan turun dari bukit itu.



Katanya, seorang wanita berusia awal 20-an tiba-tiba menjerit dan cuba dibantu beberapa rakan dan kumpulan pendaki lain yang turut berada di laluan turun itu.

Mangsa terpaksa diusung turun sebelum dilihat dibawa menaiki kereta oleh rakannya meninggalkan kawasan bukit berkenaan.


Comments

comments