Video: Suami Dirampas, Anak Pula Dilarikan Kekasih Suami Yang Hamil 3 Bulan

Dah la suaminya dirampas, anaknya pula dibawa lari oleh wanita perampas tersebut. Si ibu, kini meminta bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya yang berusia dua tahun.

Si ibu itu yang berasal dari Indonesia, memuatnaik posting berkenaan dalam Facebook dengan menggunakan singkatan nama `H’ bagi mengesan seorang wanita yang dikenali M.

Menurut H, wanita itu dipercayai melarikan anaknya ke Jogja dan Magelang, Indonesia.

H berkata, suaminya telah berselingkuh dengan wanita terbabit ketika anak mereka sedang sakit hingga muntah darah.

M juga dikatakan hamil tiga bulan, hasil hubungan dengan  suami H. Bukan hanya suami H direbut, anaknya juga dibawa lari.

H mendapat maklumat wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum bertemu dengan suaminya. Kes ini kini menjadi tular dalam media sosial di Indonesia.

ep2p-2