Samsung Galaxy J2 Pro Kini Di Malaysia Pada Harga RM499 – Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah mula menawarkan telefon pintar mampu-milik dan berspesifikasi rendah-pertengahan mereka terbaru, iaitu Galaxy J2 Pro.

Samsung Galaxy J2 Pro

Samsung Galaxy J2 Pro hadir dengan skrin 5-inci Super AMOLED, dilengkapi cip empat-teras 1.4Ghz, memori 1.5GB RAM, dan storan 16GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel untuk selfie.

Melengkapkan ia juga adalah sokongan bicu-audio 3.5mm, bateri berkapasiti 2600mAh, dan juga menggunakan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini dalam pilihan warna perak, merah jambu, hitam dan emas pada harga RM499 hari ini.

ep2p-2