My Kuali: Nasi goreng daging

 nasi goreng daging sedap!

 

tukang masak ni dah pening nak masak apa dah… masak nasik tk de pulak tukang makan… memasing balik kerja kata dah makan kat office, so malam tak nak makan nasik… tukang masak jer yang bertambah2 lemaknya… dan bila nasi tak terabeskan, buat pulak nasi goreng cenggini… semua lauk dan sayur gedebumm dalam tu, senang kerja kan… gorengkan kopok dan potong salad n tomato untuk gandingkan dengan nasi goreng ni… Alhamdulillah kenyang dah. terima kasih AlongRoz yang kongsikan resepinya.

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah – tumbuk
  • 100-200g daging – hiris nipis – kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot n kubis )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah 

 Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan sayur.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

ep2p-5small