My Kuali: Brokoli bawang putih

 sayur pebret sepanjang masa… kalau beli brokoli mesti resepi ni yang terbayang dikepala… mudah dan sedap pada kami sekeluarga. kadang2 tu ada jugak buat goreng dengan sos tiram jer…apa pun resepinya, yang pasti memang habis lah hidangan ni… tukang masak pun happy kan kalau tukang makan dengan berselera walaupun masak simple2 jer..

 fresh brokoli, besar floretnya… boleh buat dua kali masak ni..

meh kak rose kongsikan resepi brokili bawang putih ni..

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4.
Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali.
Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika.
Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.  

ep2p-2