Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and suitKecoh pengamal media bola sepak Malaysia sehari dua ini apabila Malaysia Football League (MFL) menarik balik Akreditasi dan pas media salah seorang penulis berpengaruh, Vijhay Vick kerana terlampau mengkritik dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.


Entah apa yang dimaksudkan oleh MFL dengan kenyataan yang mengelirukan dan juga terlampau mengkritik. Vijhay Vick ini adalah seorang penulis yang adil dan juga neutral. Beliau tdak berpihak kepada sesiapa dalam setiap penulisannya. Lihat saja hasil tulisan beliau. Jika sesuatu perkara itu baik dan juga positif, maka beliau akan memuji hasil kerja tersebut.



Dan jika sesuatu perkara itu negatif dan dilihat merugikan, maka Vijhay Vick akan mengkritik hasil kerja tersebut. Di sini, penulis melihat tiada apa yang mengelirukan. MFL harus menjelaskan kepada pengamal media yang lain serta peminat bola sepak negara tentang kenyataan apa yang dikeluarkan oleh Vijhay sampai dianggap mengelirukan dan juga terlebih mengkritik ni. Nonsense betul!

Jika begini cara MFL, maka sudah jelas lagi bersuluh bahawa mereka ini tidak boleh menerima teguran dan juga kritikan. Penulis bola sepak di Malaysia sudah tidak boleh mengutarakan pendapat. Mereka juga tidak boleh mengkritik jika ada tindakan atau keputusan yang dianggap salah.

Vijay dilaporkan tidak mengetahui penulisan yang mana menyebabkan tindakan terhadap beliau diambil.


Comments

comments