Lelaki Tertua Didunia Warga Jepun

ASHORO – JEPUN . Seorang lelaki di Jepun berusia 112 tahun, 259 hari, diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records.

Menurut Ketua Editor Guiness World Record, Craig Glenday, Masazo Nonaka menggantikan Francisco Olivera dari Sepanyol, yang meninggal dunia pada awal tahun ini ketika berusia 113 tahun sebagai lelaki tertua di dunia.

Lelaki supercentenarian itu dilahirkan pada 25 Julai 1905, dan dibesarkan dalam sebuah keluarga besar di Ashoro, Hokkaido.

Nonaka bekerja sebagai petani dan tukang kayu ketika muda sebelum menguruskan penginapan kolam air panas (onsen) milik orang tuanya.

Kini masa tuanya banyak dihabiskan dengan berendam di dalam onsen dan menikmati manisan kegemarannya, kek strawberi.

Terdahulu, rekod lelaki tertua di dunia dipegang seorang lagi lelaki Jepun, Jiroemon Kimura yang meninggal dunia pada 2013 ketika berusia 116 tahun 54 hari. – Agensi

ep2p-5small