Konon Nak Selamatkan Malaysia Tapi `Huru-hara’

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menemplak sikap pembangkang yang menyalahkan pihak lain di atas kekecohan dan kelam kabut yang ditimbulkan oleh calon mereka sendiri pada hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semalam.

Menurut Ahmad Bashah, kesilapan berkenaan berpunca daripada diri calon itu sendiri tetapi malangnya mereka menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN.

Berbeza dengan calon BN khususnya di Kedah, Ahmad Bashah berkata, BN begitu teliti malah calon berulang kali melihat borang dan syarat pencalonan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Ia sekali gus menunjukkan kredibiliti calon sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

“Itu kesilapan yang dibuat oleh calon dan parti mereka. Di kedah BN begitu teliti dan tengok berulang kali hingga benar-benar yakin.

“Jika perkara kecil pun mereka tidak mampu buat, bagaimana kononnya nak selamatkan Malaysia.
Akhir sekali bila tak dapat bertanding, mereka salahkan SPR, salahkan BN,” katanya yang ditemui selepas mengadakan lawatan di Jualan Runtuh Parlimen Alor Setar di sini, Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas mengenai kekecohan yang berlaku pada hari penamaan calon semalam di mana beberapa calon Pakatan Harapan tidak dapat bertanding pada PRU ini.

Menurut Ahmad Bashah, beliau telah mengingatkan penduduk Kedah supaya jangan keliru dengan taktik dan tuduhan pembangkang apatah hari membuang undi semakin hampir.

Jelasnya, keadaan akan menjadi semakin panas justeru semua pihak jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang terutama pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang cuba mempengaruhi rakyat kononnya kerajaan BN negeri tidak mampu memenuhi akujanji yang dibuat.

Alasan yang dibuat, kata beliau, kononnya BN Kedah tiada wang. Sedangkan kata Ahmad Bashah, manifesto itu adalah jaminan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan malah ia diumumkan oleh Perdana Menteri untuk rakyat Kedah.

Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib memberi jaminan dan komitmen untuk melaksanakan akujanji tersebut dan atas sebab itu, katanya, BN negeri memerlukan sokongan penduduk.

“Apa yang penting jangan keliru dengan tuduhan pembangkang,” katanya.- Suara.TV

#Harapanpalsu
#JomBn
#BersamaBN

ep2p-5small