Kemaskini April Untuk Essential Phone Membawa Sokongan Bluetooth 5.0 – Amanz

Semalam, pihak Esssential berkongsi dimana peranti Essential akan datang bakal mempunyai prestasi dan kualiti kamera yang lebih baik berbanding dengan Essentialm Phone PH-1. Baru-baru ini, kemaskini sekuriti April untuk Essential Phone PH-1 ini membawa beberapa perubahan menarik termasuk sokongan Bluetooth 5.0.

Antara perkara baru yang terdapat dalam kemaskini April ini ialah memperbaiki isu modem, penambahbaikan prestasi dan membaiki pepijat dan juga kawalan pengawal permainan pihak ketiga yang lebih baik. Perkara menarik dengan sokongan Bluetooth 5.0 ini adalah ia dua kali lebih pantas dalam membuat penyambungan, jarak tambatan yang lebih jauh, penggunaan bateri yang lebih rendah dan juga boleh disambungkan kepada lebih banyak peranti peranti berhubung

Walaupun pihak Essential mempunyai masalah ketika melancarkan kemaskini Android Oreo 8.0, mereka terus memberi kemaskini Android Oreo 8.1 dan masih kerap memberi kemaskini bulanan. Kemaskini untuk peranti Essential ini boleh dikatakan sama pantas dengan peranti-peranti Pixel.

ep2p-5small