Instagram Kelak Akan Membolehkan Anda Memuat-Turun Arkib Data Dan Kandungan Anda – Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa laman sosial yang memberikan kemudahan anda untuk memuat-turun pelbagai data yang telah dikongsikan, termasuk salah satunya adalah Facebook. Kini, dengan pelbagai kontroversi melibatkan skandal data Facebook, ia turut dikongsikan yang mana Instagram kelak akan memudahkan pengguna untuk memuat-turun data yang telah anda muat-naik ke perkhidmatan berkenaan.

Melaluinya kelak, pengguna akan dapat memuat-turun kandungan berbentuk gambar dan video yang pernah dimuat-naik ke laman sosial berkenaan, selain Instagram Stories yang diarkibkan oleh anda pada akaun Instagram anda.

Buat masa ini, pihak Instagram masih tidak memberikan sebarang tarikh pelancarannya. Namun, dengan pelbagai skandal data ini, kita mungkin akan melihat Instagram memperkenalkannya seawal sebulan dua lagi.

ep2p-2