Facebook Spaces Kini Memberikan Lebih Banyak Pilihan Kustomasi Wajah Dan Tubuh Untuk Avatar – Amanz

Tahun lalu Facebook Spaces Beta diperlihatkan buat pertama kali ketika acara F8. Spaces membolehkan pengguna Facebook berinteraksi di dalam dunia maya menggunakan avatar tiga dimensi. Ketika dilancarkan pengguna hanya dibenarkan mereka watak 3D yang agak terhad. Hari ini mereka mengumumkan kemaskini yang membolehkan membolehkan pengguna menghasilkan avatar yang lebih menyerupai diri sebenar mereka.

Menerusi fungsi baru ini wajah, tubuh dan aksesori yang boleh digunakan pada avatar dipertingkatkan. Malahan terdapat pilihan untuk memakai serban bagi penganut agama Sikh. Sistem pencahayaan dan pergerakan tubuh yang baru turut diperkenalkan.

Dengan pengenalan fungsi-fungsi baru ini, Facebook berharap pengguna Spaces akan dapat menyelami dunia maya mereka dengan lebih realistik. Facebook Spaces Beta buat masa ini hanya boleh diakses oleh pengguna Oculus Rift dan HTC Vive.

 

ep2p-5small