Analisis Turun Naik Nilai Ringgit Malaysia

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 1 April 2018

Kadar tukar mata wang naik dan turun tetapi di sini ada beberapa perkara yang menarik.

Walaupun nilai Ringgit jatuh berbanding dolar AS sejak PRU13, ia sebenarnya akan menyebabkan rakyat Malaysia yang berhijrah ke Australia dan Kanada untuk berbelanja lebih banyak wang untuk kembali ke Malaysia untuk mengundi kali ini.

Ya, sehingga hari Jumaat lepas, nilai Ringgit kita sebenarnya menaik berbanding Dolar Australia dan Kanada berbanding dengan PRU13.
(Ringgit kita juga kini pada RM2.94 berbanding Dolar Singapura – di bawah tahap psikologi RM3).

Oleh itu, orang Malaysia yang tinggal di Australia dan Kanada tidak boleh merungut bahawa nilai Ringgit telah menyusut.

Sama seperti Malaysia, kedua-dua Australia dan Kanada adalah pengeksport komoditi besar jadi mereka juga terjejas oleh harga komoditi global.

Satu lagi analisis yang menarik ialah kadar pertukaran pada Januari 1997 sebelum Mahathir dan Anwar mengganggu Ringgit kita dan bandingkan dengan kadar pada 31 Oktober 2003 yang mana merupakan hari terakhir Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya prestasi pertukaran mata wang Malaysia antara 2013 hingga 2018 dianggap buruk maka prestasi Ringgit dalam tempoh 1997 hingga 2003 bermakna Mahathir gagal dengan dashyat. (dan beliau malah terpaksa menambatnya, yang menyebabkan pelaburan masuk ke Malaysia terhenti selama bertahun-tahun sehingga Pak Lah mengangkat kawalan modal dan menaikkan nilai Ringgit pada tahun 2005)

Pada ketika itu pada tahun 2003, Ringgit telah ditambat dengan ketat berbanding AS$ menggunakan kawalan modal drakonian yang menghalang pelabur asing daripada melabur di Malaysia.

Hari ini, kita tidak lagi menambat berbanding Dolar AS tetapi kita menunjukkan prestasi yang semakin baik jika dibandingkan dengan dolar AS pada tahun 2003 semasa ia ditambat.

Berbanding Pound British, Ringgit jauh lebih kukuh pada RM5.41 hari ini berbanding RM6.44 pada hari Mahathir bersara sebagai PM.

Sumber: kadar pertengahan harian BNM.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/

ep2p-2