Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula Dari RM 2899 – Amanz

Hari ini Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Kedua-dua peranti utama baru sahaja dilancarkan di acara MWC yang berlangsung Februari yang lalu. Kedua-dua peranti ini mendatangkan sedikit kontroversi di kalangan peminat Sony kerana tidak lagi dilengkapi bicu audio 3.5mm.

Dari segi spesifikasi Sony Xperia XZ2 dilengkapi skrin 5.7 inci FHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 19-Megapixel f/2.0 manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel f/2.2. Kamera utama mampu merakam video 4K HDR yang serta rakaman adiperlahan 960FPS. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3180 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Sony Xperia XZ2 Compact pula dilengkapi skrin 5 inci FHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 19-Megapixel f/2.0 manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel f/2.2. Kamera utama juga mampu merakam video 4K HDR yang serta rakaman adiperlahan 960FPS. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 2870 mAh.

Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi Android Oreo 8.0 dan mempunyai kemampuan kalis air IP68. Berbeza dengan peranti Sony terdahulu, pengimbas cap jari kini terletak pada bahagian belakang.

Di Malaysia Sony Xperia XZ2 dijual pada harga RM 3299 manakala Sony Xperia XZ2 Compact pula dijual pada harga RM 2899. Pra-tempahan akan dibuka esok 23 Mac sehingga 4 April dengan peranti mula dijual pada pertengahan bulan.

Pelanggan yang melakukan pra-tempahan akan menerima pelbagai barangan eksklusif seperti bernilai RM 1088 dalam bentuk fon telinga tanpa wayar Sony ZX770BN, beg galas kerangka keras Sony, kerangka telefon, pelindung skrin dan kad Touch n Go dengan RM100.

ep2p-2