Petir Sambar Gereja, 16 Maut, Puluhan Lagi Cedera

RWANDA – Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas petir menyambar gereja Seventh-Day Adventist semalam.

Menurut datuk bandar tempatan, Habitegeko Francois, 14 mangsa terkorban serta-merta ketika petir tersebut menyambar gereja di daerah Nyaruguru di Wilayah Selatan.

Manakala dua lagi menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan yang dialami.

Tambah Francois, seramai 140 orang yang terlibat dalam insiden itu telah dikejarkan ke hospital dan pusat kesihatan daerah. – AFP

ep2p-5small