Pengguna HomePod Melaporkan Kualiti Audio Kurang Memuaskan Selepas Kemaskini Perisian – Amanz

Kemaskini kepada HomePod diterima semalam serentak dengan kemaskini iOS 11.3. Pasca kemaskini, pengguna speaker pintar ini mula melaporkan kualiti audio yang kurang memuaskan. Keluhan paling banyak ialah mengenai kualiti bunyi bass yang berkurangan berbanding sebelum ini.

Ini memaksa mereka untuk menala semula tetapan bunyi menggunakan tetapan EQ menerusi peranti iOS atau MacOS mereka. Pada waktu yang sama terdapat juga pengguna yang lebih menyukai tetapan bunyi yang baru ini kerana bass tidak lagi terlalu kuat. Seperti speaker dan fon kepala, kualiti bunyi ini ada subjektif. Ia berubah-ubah mengikut pengguna berbeza.

ep2p-5small