My Kuali: Apam gula merah

 apam gula merah untuk kami minum petang… sejak dua menjak ni kan, buat apa kuih pun macam tak mau menjadi.. buat apam ni pun macam tak gebus betul2… a bit padat dan rupa pun tak semengah sbb kurang kerajinan nak buat dalam acuan kecik2… entah kemana lah hilangnya vitamin r yang dulu2 tu???? sesat dan tak tahu jalan pulang dah! 😢😢😢

 apa pun syukur Alhamdulillah, walaupun rupamu hazab, tapi tetap sedap jadi juadah minum petang kami anak beranak… apalagi bila dicicah dengan kelapa putih yang digaulkan dengan sedikit garam… dan dinikmati dengan secawan kopi dipetang hari… hmmmm… terima kasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepinya..

APAM GULA MELAKA

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ kak rose guna brown sugar
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya
campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan
selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

ep2p-2