Mempunyai Wajah Seperti Seorang Lelaki, Anjing Ini Viral ! Ada Yang Mengatakan Sama Seperti Nicolas Cage!

Seekor anjing peliharaan bernama Yogi dari baka Shih Tzu menarik perhatian ramai netizen kerana tidak kelihatan seperti anjing biasa.

Ramai terkejut melihat gambar Yogi, anjing peliharaan milik wanita bernama Chantal Desjardins apabila ia dimuat naik ke laman sosial.

Ini kerana anjing tersebut kelihatan seakan-akan rupa seorang lelaki, dengan mata bujur berwarna hazel, wajah berstruktur tajam dan bibir merah jambu dan juga bibir atas yang tersembunyi bawah bulu, menjadikannya seakan-akan misai.

“Saya tidak pernah sedar Yogi kelihatan seperti manusia, seorang lelaki sehinggalah ia dimuat naik ke laman sosial. Saya tidak pernah melihatnya begitu,” kata Chantal kepada The Dodo.

“Dia kelihatan seperti manusia dalam badan seekor anjing,” tulis seorang rakannya.

“Ia menakutkan saya. Ia kelihatan seperti baru menukar wajah dengan manusia,” tulis seorang lagi.

Kemudian salah seorang rakan Chantal memuatnaik gambar Yogi ke dalam Reddit di mana ia mula memperoleh lebih banyak perhatian.

Ramai akui gambar itu mengerikan, menakutkan dan luar biasa, tidak ketinggalan, ada yang kurang selesa dengannya.

Wajah Yogi juga disamakan dengan pelakon Hollywood, Nicolas Cage.

“Kelihatan seperti pelakon Nicolas Cage berpakaian seperti Ewok,” tulis seorang pengguna.

Seekor-anjing-peliharaan-bernama-Yogi-dari-baka-Shih-Tzu-gd-1

Wajah Yogi yang disamakan dengan pelakon Hollywood, Nicolas Cage.

Ekoran pelbagai komen, Chantal berkata dia tidak mengubah atau menggunakan grafik dalam menukar dan memanipulasi wajah anjingnya.

“Wajah Yogi jelas membawa pelbagai reaksi. Tetapi ia gambar asli yang tidak diubahsuai. Namun bukan semua gambar kelihatan seperti itu.

Chantal-akui-bukan-semua-gambar-anjingnya

Chantal akui bukan semua gambar anjingnya seperti manusia kerana kelihatan demikian hanya selepas didandan. (Gambar Facebook)

“Mungkin cara dia didandan sebelum gambar itu dirakam, posisinya pada kamera, dan cahaya memainkan peranan sehingga kelihatan seperti manusia,” petik kata Chantal kepada The Dodo.

Sambil berkongsi beberapa gambar lain, wanita itu menekankan Yogi bukanlah berwajah manusia sebelum didandan sedemikian rupa.

“Dia anjing paling comel dan manja. Dia bukan seperti anda fikirkan,” tegasnya.

ep2p-2