Kacang panjang goreng dengan hati dan pedal ayam

resepi asal dari MyResipi… terima kasih kongsikan.

Bahan2

  • 10 batang kacang panjang
  • 3 ketul hati ayam
  • 3 ketul pedal ayam
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2cm kunyit
  • 3 biji cili padi (kak rose gantikan dengan cili merah jer)
  • garam dan minyak masak

Cara:

  1. potong kacang panjang, hiris hati dan pedal ayam
    kecil-kecil. Kemudian, tumbuk kunyit, sebiji bawang putih serta garam.
    Perapkan bahan yang ditumbuk tadi dengan hati dan pedal ayam yang telah
    dihiris.

  2. Kemudian, gorengkan (tanpa minyak) hati dan pedal sehingga kering. Kemudian, masukkan minyak secukupnya.
  3. Sambil menggoreng hati dan pedal tu, hiriskan bawang
    putih, bawang merah dan cili padi. Bila hati dan pedal tadi dah agak2
    keperangan, bolehlah dimasukkan bawang2 dan cili padi tadi.
  4. Bila semua bawang tu dah layu, bolehlah dimasukkan
    kacang panjang. Goreng sehingga kacang panjang tu masak, tapi jgn
    terlalu lama sangat.
  5. Dah siap…

ep2p-5small