3 kali buat, 3 pesen jadinya!

 kuih abuk abuk ni memang pebret dari dulu dan selamnaya… tu yang buat berkali2. dan kuih ni sangat lah nostalgia… tiap kali kenduri kat kampung, arwah mak selalu jer nak buat kuih ni… arwah memang tahu kak rose sangat suka kuih sagu ni…😢😢😢 Al-Fatihah buat arwah mak…

 dan tiap kali buat jugak, tiap kali tu lah fail pasal nak bungkus tu.. bermacam2 bentuk jadinya. apa lah ada dengan rupa bungkus yang senget herot merot tu kan… yang penting dapat makan kuh pebret ni…

Bahan-bahan

  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • daun pisang dan lidi penyemat

 gula merah x de, so guna jer brown sugar… pucat lesi abok abok kak rose nih!

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian
    sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu
    campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

ep2p-2