Image result for KL JDT 1-0 2018

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa menanggung kekalahan pertama musim ini apabila tumpas 1-0 kepada pendatang baru, Kuala Lumpur, dalam Liga Super di Stadium KLFA, sebentar tadi.

Kuala Lumpur menjaringkan gol tunggal menerusi Paulo Josue Sturmer dos Reis dalam separuh masa pertama, sebelum perlawanan itu ditunda akibat hujan, malam tadi.

Dalam 45 kedua yang berlangsung di stadium sama hari ini, kedua-dua pasukan gagal menemui gol untuk membolehkan skuad Warga Kota mengecap kemenangan pertama liga.


Keputusan itu membawa Harimau Selatan jatuh di tangga kedua, ketinggalan satu mata di belakang PKNS FC.

Ini adalah penyertaan Liga Super pertama Kuala Lumpur sejak lima tahun apabila mereka menjuarai Liga Perdana musim lalu.

Selangor, yang turut tewas buat kali pertama selepas melakar dua kemenangan, berada di tempat ketiga.

Walaupun menyamai enam mata JDT, Selangor berada di kedudukan lebih bawah dibezakan dengan jaringan bolos selepas tewas 4-1 di tangan Terengganu FC di Kuala Terengganu, malam tadi.

Antara pasukan pilihan musim ini, Kedah, yang sedang menentang PKNP di Batu Kawan, terperosok di tangga terbawah selepas tewas dua perlawanan lalu.


Comments

comments