Samsung Menawarkan Potongan Harga Sehingga RM 600 Untuk Galaxy S8, S8+, J7+ Dan J7 Pro – Amanz

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bermulanya sambutan Tahun Baru Cina. Seperti kebiasaan, pelbagai promosi khas ditawarkan oleh pengeluar apabila menyambut hari perayaan ini. Bagi yang mahu memiliki peranti Samsung pada potongan harga menarik, ini ada sedikit berita baik untuk anda.

Samsung Malaysia menawarkan potongan harga sehingga RM600 untuk peranti Galaxy S8, S8+, J7+ dan J7 Pro. Promosi ini sah sehingga 15 Februari ini sahaja. Bagi pembeli Galaxy Note8, S8 or S8+, mereka turut akan menerima e-baucer dari SengHeng bernilai RM 388 yang boleh ditebus menggunakan aplikasi mySamsung. Untuk terma dan syarat pembelian sila layari pautan di bawah.

ep2p-2