Pengadil tendang Carlos dilarang beraksi enam bulanPengadil, Tony Chapron, menerima larangan beraksi selama enam bulan — separuh daripadanya digantung — selepas menendang dan kemudian mengusir pemain Nantes, Diego Carlos, dalam kekalahan pasukan itu kepada Paris Saint-Germain (PSG) bulan lalu, demikian pengesahan dibuat Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF).


Chapron mengejutkan pemain, peminat dan pemerhati pada 14 Januari lalu apabila dilihat menendang Carlos yang sebelum itu secara tidak sengaja menjatuhkannya.

Chapron seterusnya melayangkan kad kuning kedua kepada Carlos kerana reaksinya terhadap tendangan itu, mengakibatkan pegawai Nantes secara terbuka menggesa pengadil itu digantung.



 French referee Tony Chapron has been indefinitely banned after kicking a player and sending him offPenggantungan Carlos dibatalkan tetapi Chapron perlu berehat kerana FFF mengenakan larangan enam bulan, dengan tiga bulan digantung, seperti mana dikendalikan oleh jawatankuasa disiplin.

Kenyataan ringkas daripada Pascal Garibian, pengarah teknikal badan pengadilan Perancis, berkata: “Kami memerhatikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Liga Bolasepak Profesional.

BACA: VIDEO Diego Carlos bingung disepak pengadil

“Selepas dia menjalani penggantungannya, Tony Chapron akan kembali semula ke DTA (badan pengadil Perancis) yang boleh menetapkannya dalam perlawanan Ligue 1 atau Ligue 2.”


Comments

comments