PAS Ketandusan Pemimpin Berwibawa, Kata PAN

KOTA BHARU – PAN menganggap PAS ketandusan pemimpin tempatan yang berwibawa apabila memutuskan mengambil calon ‘import’ untuk bertanding di negeri ini.

Pengerusi PAN negeri, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah, jika khabar angin kononnya Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di Kelantan terbukti benar, perkara itu adalah sesuatu yang malang bagi Pas Pahang.

Lebih malang katanya, Tuan Ibrahim boleh dianggap bukan seorang pejuang kerana meninggalkan tempat asal dan memilih kawasan selamat seperti Kelantan untuk bertanding.

“Dia kata nak pertahan Kelantan, habis Pahang macam mana nak menang? Kalau betul Pas Kelantan bawa masuk beliau, adalah malang sekali pemain utama Pahang pergi cari tempat selamat dan bertanding di Kelantan.

“Bagi saya sekarang bukan masa bawa masuk pemain import. Agaknya Pas Kelantan sekarang sudah tidak ada pakar politik,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PAN Kawasan Kota Bharu, di sini hari ini.

Walaupun Pas Kelantan masih belum mendedahkan calon yang akan bertanding di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke134 (PRU-14), timbul khabar angin kononnya Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di Parlimen Kubang Kerian. – UTUSAN

ep2p-5small