Nilai Saham Snap Inc Menjunam Sebanyak $1.3 Bilion Gara-Gara Satu Kicauan Di Twitter – Amanz

Snap Inc., syarikat yang bertanggungjawab untuk aplikasi media sosial video Snapchat baru-baru ini hadir dengan kemaskini antaramuka baru yang tidak berapa digemari oleh ramai penggunanya.

Salah satu pengguna paling popular aplikasi Snapchat ialah Kylie Jenner yang mempunyai 24.5 juta pengikut di Twitter dan 104 juta pengikut di Instagram baru-baru ini mengeluarkan satu kicauan di Twitter yang diajukan kepada pengikut-pengikut beliau, yang bertanyakan jika mereka masih lagi menggunakan aplikasi tersebut.

Kicauan tersebut menerima sebanyak 300,000 retweet. dan tidak lama selepas ia menjadi viral, stok saham Snap Inc. dilihat menjunam sebanyak  7.2 peratus pada nilai $1.3 bilion (RM5.2 bilion) dalam masa sehari sahaja.

Walaupun begitu, Kylie juga mengatakan bahawa Snapchat masih lagi salah sebuah platform media sosial kegemarannya, walaupun beliau tidak begitu menyukai rekaan antaramuka yang baru.

Walaupun begitu, CEO Snap Inc., Evan Spiegel menerima geran saham bernilai $636 juta (RM2.4 bilion) selepas tawaran awal permulaan pada bulan Mac tahun lepas yang boleh dibayar sehingga tahun 2020.

ep2p-2