My Kuali: Nasi goreng jer..

 baki nasi yang tak terhabeskan, jangan lah dibuang… tak baik membazir kan. tu la bila tukang masak ni dah siapkan nasik dan lauk2 semua tapi tak de sapa nak makan… sudahnya nasik dan lauk pun terbiar tak terhabeskan… dan tak larat mama sorang yang kena jadi bandaraya… so sekali masak nasi boleh jadi dua hari punya hidangan…. dan yang paling mudah nasi goreng daging jer la… tak perlukan lauk dan sayur… semua dah gedebommm dalam tu… senang kerja tukang masak… dan sebab itu lah tukang masak ni sangat susah nak kurangkan berat badan! alasan apakah???

resepi nasi goreng daging…. mekasih AlongRoz yang blognya dah lama menyepi tu..

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah – tumbuk
  • 100-200g daging – hiris nipis – kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot n kubis )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah 

Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

ep2p-5small