My Kuali: Kuih ketayap lagi…

Bila ada lebihan inti untuk buat mini apam balik, maka jadilah kuih ketayap pulak…

buat untuk minum petang aka dinner kami anak beranak… maklumlah masing2 tak nak makan nasik, so tukang masak ni pun godek2 lah dengan bahan apa yang ada kat dapo kan…  jom kak rose kongsikan resepi mudah ni..

Bahan-bahan untuk kulit:

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar


Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.

mudah kan… sekejap jer dah dapat menikmatinga bersama secawan nescafe.

ep2p-5small