My Kuali: Kuih getas getas

 atas permintaan, kak rose buat kuih getas getas ni… sebenarnya kak rose memang suka dengan kuih2 lama cam ni, tapi disebabkan ada satu trajedi, so sangat reluctant nak buat kuih ni selalu… bila sekali tu dah berjaya, makanya berani lah nak cuba buat lagi kali ni dengan harapan tidaklah akan meltup sky high masa menggoreng kuih ni…dan ada tips yang dikongsikan kawan2 dan sifu masak camner nak goreng tapi tak meletop tu… juga tips camner nak menyira getas getas… mekasih sangat!

getas2 baru naik dari kuali… belum sempat nak mekup!

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut

20gm tepung gandum

150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda

130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)

sedikit garam

Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam.
Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak
terlalu lembik sangat.

Biarkan sebentar selama 10 minit

Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk
lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong
segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila
hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak
meletak doh supaya tidak melekat.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan

Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah

Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.

 

Menyira gula kuih

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api
sederhana……api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan
kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari
telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali…..ia dikira
sudah ‘menjadi’ bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan
menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak…..biarkan satu
minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So
pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat
adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula
hangus.

 

ep2p-5small