My Kuali: Bubur som som pandan

 since ade yang tengah nursing cabut gg bungsu kat rumah ni, jadi tukang masak pun kna lah masak yang lembut2 jer… asik makan bubur pun dia dah jemu dibuatnya… dan berhari2 jugak asik tapau mash potato dari kepsi dan kali ni dia nak makan yang ade sedikit manis katanya… dan ini requestnya… walaupun benang jahitan tu dah bukak, tapi belum pulih sepenuhnya tempat luka tu… kena lah banyak bersabar dan masih jugak kena amik yang lembut2 dan tak boleh makan yang panas2.. jom lah makan bubur som som yang lembut dan sejuk ni… mekasih kawan yang kongsikan resepi sedap nih.

BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan – 500 ml KARA+ air
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau – opt

SIRAP GULA MELAKA 
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan – disimpul

Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka 

ep2p-2