MARA Dan UniLodge | SUARA TV

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 1 Februari 2018

Mkini dan Pakatan kini cuba untuk memainkan isu pembelian Unilodge di Melbourne, Australia oleh MARA pada harga A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) dengan mendakwa bahawa ia adalah dua kali ganda harga sebenar dan pemilik asal itu terkejut.

Walau bagaimanapun, dalam artikel Mkini yang sama ia dinyatakan bahawa

“Pada masa Harber (pemilik asal) membuat penilaiannya, pejabat Raine & Horne International di Kuala Lumpur menilai hartanah yang sama pada A$43 juta (kira-kira RM142 juta).

Ketika dihubungi pada November lalu, pengarah eksekutif Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn. Bhd., Rosli Atan, kekal dengan penilaian yang lebih tinggi, dan memberitahu Malaysiakini bahawa beliau “yakin” bahawa penilaian itu dijalankan mengikut kaedah yang sepatutnya.”
https://www.malaysiakini.com/news/410197

Tetapi siapakah Raine & Horne International Zaki + Partners?

“Diperbadankan pada tahun 1982, Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn. Bhd. adalah firma juruukur bertauliah dan penilai berdaftar.”

Ia adalah cawangan tempatan Raine & Horne yang diasaskan pada tahun 1883 dan merupakan salah satu pertubuhan hartanah terbesar di dunia dengan pejabat dan cawangan di seluruh dunia, termasuk di bandar-bandar utama di Asia Tenggara, Eropah, Kanada , Amerika Syarikat, Fiji, Australia, New Zealand, Jepun dan Afrika.
http://www.raineandhorne.com.my/Malaysia-Valuers-Surveyors.html

Oleh itu, salah satu syarikat penilaian hartanah terbesar di dunia mengatakan bahawa nilai Unilodge adalah A$43 juta – lebih tinggi daripada A$41.8 juta yang dibayar oleh MARA, yang mana ada seseorang yang tidak diketahui mendakwa bahawa ia adalah dua kali ganda daripada harga sebenar.

Secara sistematik menyerang GLC dan institusi Bumiputra seperti Tabung Haji, PNB, LTAT merupakan salah satu strategi utama Pakatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini – yang mereka lakukan dengan menggunakan segala macam tuduhan.

Ini bukan kali pertama Pakatan telah menyerang pembelian hartanah oleh MARA dengan dakwaan pembelian tersebut dibuat pada harga yang lebih mahal.

Sebelum ini pada tahun 2014, National Oversight and Whistleblowers (NOW) Rafizi mendakwa bahawa MARA telah membayar lebih banyak daripada yang sepatutnya untuk membeli beberapa hartanah di Melbourne, Australia.

Salah satu adalah bangunan pejabat 6 tingkat di 333 Exhibition Street yang mana NOW mengatakan ia hanya bernilai A$22 juta (RM63.8 juta) tetapi MARA telah membayar A$31 juta (RM90 juta) untuk membelinya.

Mara Inc kini telah memuktamadkan penjualan hartanah 333 Exhibition Street pada harga A$37.5 juta (RM118 juta) – keuntungan sebanyak 31% (RM28 juta) selama 4 tahun (tidak termasuk pendapatan sewa yang diterima).
https://www.malaysiakini.com/news/406423

Tetapi jika berdasarkan harga pasaran NOW pada tahun 2014 maka margin keuntungan yang dibuat oleh MARA selama 4 tahun akan menjadi 84% (tidak termasuk pendapatan sewa yang diterima). Sangat hebat!

Pada masa itu, NOW juga mendakwa bahawa MARA terlebih bayar pada tahun 2013 untuk membeli hartanah di 51, Queen Street dengan harga A$21 juta (RM60 juta) apabila harga yang sepatutnya hanyalah A$15.65 juta (RM45.4 juta).

Tetapi pada awal tahun ini, MARA juga menjual bangunan ini dengan A$23 juta (RM73.6 juta) – keuntungan sebanyak RM13.6 juta atau 23% (tidak termasuk pendapatan sewa yang diterima) – yang agak baik memandangkan ia hanyalah 4 tahun.

Jika NOW betul dengan tuduhan mereka sebelum ini maka margin keuntungan ini sebaliknya akan menjadi 62% yang mana adalah keuntungan yang luar biasa untuk hartanah yang dipegang hanya selama 4 tahun.

Saya tidak tahu sama ada MARA terlebih bayar atau jika ada songlap tetapi mereka membuat keuntungan yang baik – sekurang-kurangnya dengan kedua-dua hartanah ini.

Walau bagaimanapun, saya tahu bahawa tuduhan kerugian oleh Rafizi dan NOW terhadap MARA kini terbukti salah.

Link asal artikel:

ep2p-2