Aplikasi Teksi-Helikopter Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Tiga Bulan Lagi – Amanz

Pada hari ini, kita sedia melihat aplikasi tempahan pengangkutan ke destinasi menggunakan kereta digunakan ramai – iaitu Grab dan Uber. Kini, selain daripadanya, sebuah perkhidmatan baru dalam persiapan untuk pelancaran, iaitu untuk tempahan helikopter ke destinasi.

Dibangunkan oleh syarikat Heli Outpost Sdn Bhd, aplikasi untuk tempahan berkenaan dijangka diperkenalkan dalam tempoh sekitar tiga bulan lagi.

Melalui aplikasi teksi-helikopter ini, ia akan membolehkan pengguna memilih dua penawaran perkhidmatan. Yang pertama adalah “Helicopter Tour” yang membolehkan pengguna menempahnya untuk mengelilingi Pulau Langkawi.

Satu lagi perkhidmatan adalah “Helicopter Taxi” yang membolehkan pengguna diterbangkan ke destinasi – sebagai contoh dari Alor Setar ke Ipoh, dan sebagainya.

Heli Outpost Sdn Bhd pada masa kini mempunyai 11 helikopter dibawah mereka, iaitu 6 model Robinson 44, dan 5 model Robinson 66. Perkhidmatan syarikat berkenaan telah ditawarkan sejak 2009 lepas, tetapi tidak melalui aplikasi.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai perkhidmatan teksi-helikopter ini dalam bulan-bulan akan datang.

ep2p-5small