WhatsApp Beta Kini Membolehkan Anda “Memecat” Pentadbir Lain Dalam WhatsApp Group – Amanz

WhatsApp Group sebelum ini telah memperkenalkan ciri untuk menambah pentadbir atau “Admin”, dimana pengguna yang menjadi pentadbir boleh menambah atau membuang seseorang pengguna – selain menjaga kesejahteraan WhatsApp Group berkenaan.

WhatsApp Dismiss Admin

Kini, melalui versi WhatsApp Beta terbaru, pihak WhatsApp turut menambah ciri baru yang membolehkan anda memecat pentadbir lain daripada WhatsApp Group. Seperti biasa, sebelum dapat melakukan perkara ini, anda sendiri mestilah turut merupakan seorang pentadbir dalam WhatsApp Group berkenaan. Anda boleh tap pada mana-mana nama pentadbir, dan memilih pilihan Dismiss As Admin untuk memecat seseorang daripada pangkat pentadbir dan menjadikan mereka sebagai ahli biasa.

Sebelum ini, sekiranya ingin melakukan lebih kurang sama, anda perlu membuang seseorang pentadbir tersebut daripada WhatsApp Group sepenuhnya, dan menambah mereka kembali ke Group yang sama. Proses ini boleh dikatakan sedikit melecehkan dan kurang mesra pengguna.

Dengan ciri baru ini, ia akan memudahkan lagi sesuatu WhatsApp Group diuruskan. Buat masa ini, ciri ini hanya ditawarkan pada WhatsApp Beta, dan mungkin akan diperkenalkan untuk semua dalam minggu-minggu akan datang.

ep2p-5small